DEFINISI

Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seorang individu dan/ atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.

KATEGORI OKU
Terdapat 4 katogeri kurang upaya yang didaftarkan iaitu:-

Kurang Upaya Penglihatan
tidak boleh melihat langsung;
penglihatan terhad - tidak boleh melihat dengan terang/ jelas seperti orang biasa walaupun dengan menggunakan cermin mata atau "contact lens".

Kurang Upaya Pendengaran
pekak termasuk pekak/ bisu

Kurang Upaya Akal

kecerdasan otak tidak selaras dengan usia seperti down syndrom dan lembap.

Kurang Upaya Anggota
kecacatan badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau kurang upaya di mana-mana bahagian badannya. Ini termasuklah mereka yang berpenyakit polio, kudung, lumpuh separuh atau sebelah badan dan spastik

PERLUKAN BANTUAN OKU?
Sebagai langkah pertama di dalam mencapai matlamat ke arah peningkatan taraf hidup, keselesaan dan kejayaan orang kurang upaya ini, maka adalah amat penting bagi setiap individu OKU supaya segera mendaftarkan diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan untuk dikenalpasti akan kehadiran mereka di dalam sesebuah kelompok masyarakat. Ini adalah kerana kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan. Ini disusuli pula dengan usaha untuk mengintegrasikan warga OKU ke dalam masyarakat di mana ia dilaksanakan melalui program-program bantuan yang telah dibentuk di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) demi menggalakkan mereka agar bersedia menghadapi cabaran keadaan sosial mereka. Oleh yang demikian warga OKU bolehlah mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan.

Objektif
Memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa orang kurang upaya (OKU) sebagai anggota masyarakat mempunyai hak dalam masyarakat dan tidak menganggap mereka sebagai kurang berkebolehan serta tidak berguna;