Permilihan kerjaya adalah perkara penting bagi seseorang individu. Pemilihan kerjaya yang sesuai dapat menentukan corak kehidupan serta taraf hidup seseorang. Golongan OKU juga memerlukan pekerjaan dan faedah daripada pekerjaan, sama seperti orang lain bagi memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, terdapat pandangan dan sikap prejudis sesetengah masyarakat berkaitan golongan OKU dan menyebabkan mereka dilayan seperti golongan kelas kedua (Sarkees & Scoot 1986)
Langkah - langkah Membantu Majikan dan OKU dalam Bidang Kerjaya

Menemu duga pencari kerja
  1. Butir - butir diri (nama, umur, alamat, nombor telefon / faks, contact person)
  2. Taraf pendidikan (lepasan PMR, SPM, STPM, diploma, ijazah dan lain - lain)
  3. Kelayakan vokasional
  4. Kemahiran
  5. Pengalaman kerja
  6. Waktu kerja, upah dan lain - lain kemudahan.
  7. Jenis kecacatan (kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, Kurang Upaya akal, Kurang Upaya Fizikal)
  8. Mobiliti : Pengangkutan Awam, kenderaan untuk OKU.
  9. Keperluan (ramp, elevators, wider doors, frequent rest period, personal assistance, assertive devuces used
Merekodkan maklumat

Pencari kerja
  • Proses pendaftaran yang mudah
  • menggalakkan pendaftaran semula
Maklumat majikan
  • Nama, alamat, nombor telefon / faks
  • Kesesuaian tempat kerja, lokasi premis
  • Pengalaman menggajikan OKU
  • Deskripsi kekosongan jawatan
  • Kekosongan yang sesuai untuk OKU
Mengenal pasti kerja yang sesuai
  • Kerja yang sesuaian
  • Calon yang sesuai
  • Pengubahsuaian kerja
  • Analisa tugas (proses kerja)
  • Analisa kerja (apa, bagaimana, dan di mana keperluan sesuatu kerja)
Penempatan OKU ke syarikat
  • Jika tidak ada pengalaman ataupun kemahiran makan disarankan tempoh percubaan.
  • Meyakinkan majikan untuk menggajikan OKU
  • Perbincangan berkaitan pertukaran tempat kerja, deskripsi kerja dan terma - terma perkhidmatan.
  • Keperluan latihan
  • Bilangan OKU yang digajikan
  • Kemudahan pengangkutan
Selepas penempatan
  • Lawatan susulan bagi mendapatkan maklum balas daripada kedua - dua pihak.
  • Membuat penilaian ke atas terma - terma perkhidmatan.
  • Menyelesaikan masalah yang wujud.
  • Pengubahsuaian kerja / tugas yang perlu dibuat.
  • Mengenalpasti sama ada majikan ingin menambah bilangan pekerja OKU.
Panduan Menggajikan OKU

Kurang Upaya Mental

  • Proses kerja perlu dipermudahkan
  • Arahan perlu diberi dengan cara yang mudah
  • Membenarkan tempoh latihan yang panjang
Kurang Upaya Fizikal
  • Ramp dan kemudahan tandas dibina mengikut spesifikasi pengguna kerusi roda.
  • Peralatan kerja ditempatkan berhampiran pengguna kerusi roda.
  • Ubah suai job task supaya pergerakan dapat diminimumkan.
Kurang Upaya Pendengaran
  • Menulis arahan yang mudah.
  • Visual demonstration bagi menerangkan cara - cara kerja.
  • Memakai lencana.
Kurang Upaya Penglihatan
  • Menyediakan lokasi kerja yang memudahkan pergerakan.
  • Brailler, komputer dan embosser, rajah grafik timbul.
  • Arahan dalam kod Braille dan rakaman.
Jenis - jenis Kerja yang Sesuai bagi OKU

Kurang Upaya Penglihatan
  • Bidang kerja profesional
  • Pensyarah
  • Guru
  • Penulis
  • Juruhebah
  • Ahli Perniagaan
  • Operator telefon
  • Operator pengeluaran
  • Perkhidmatan pelanggan
  • Tukang urut
  • Telemarketer
  • Piano tuner
  • lain - lain
Kurang Daya Pendengaran
  • Jenis - jenis kerja yang tidak memerlukan daya pendengaran tinggi
  • Juruteknik
  • Ahli sukan
  • Tukang kebun
  • Tukang masak
  • Ahli sukan
  • Pelukis
  • Pereka fesyen
  • Pendandan rambut
  • Juruanalisis sistem
  • Operator data entri
  • Kerja - kerja pengeluaran
  • Kerja - kerja yang tidak melibatkan komunikasi lisan.
Kurang Upaya Fizikal
  • Atendan letak kereta
  • Penjaga lif
  • Operator pengeluaran
  • Kerani
  • Computer work
  • Jurujual
  • Analisis sistem
  • Operator telefon
  • Jurutaip
  • Penulis / Blogger
  • Pereka Fesyen
  • Penyambut tetamu
  • Akauntan
  • Peguam
Kurang Upaya Mental
  • Pekerja am
  • Pengawal kualiti
  • Anggota kumpulan
  • Packet
  • Packaging
  • Tukang masak
  • Tukang jahit
  • Dobi
  • pembantu kedai
  • Tukang kebun
  • Pendandan rambut

0 comments:

Post a Comment